Aku yakin ada yang masih xtaw@xjelas sal Mandi Wiladah ni hatta yang dah branak 2-3 pn.. Masih ada kekeliruan tentang bila dan siapa yang perlu Mandi Wiladah ini. Diharap penerangan dan dalil dibawah dapat memberikan pencerahan mengenai hal ini.. Semoga dapat dimanfaatkan bersama..
APAKAH WILADAH?
Wiladah bermaksud melahirkan anak (beranak).
APAKAH MANDI WILADAH?
Mandi yang diwajibkan ke atas seorang wanita yang mengalami keguguran atau telah melahirkan anak (wiladah), jika tidak diiringi darah nifas.
MENGAPAKAH PERLU MANDI WILADAH?
Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran (sekalipun hanya berupa darah beku atau seketul daging), ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar.
Ini kerana kejadian anak itu dikiaskan kepada mani. Bayi atau janin (bagi yang keguguran) adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Maka keluarnya bayi atau janin itu dari faraj (walaupun melalui pembedahan) dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya.
Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas.
3 KEADAAN WANITA YANG MELAHIRKAN ANAK/KEGUGURAN:
1) Jika melahirkan anak ataupun keguguran tanpa diiringi nifas, maka wajib baginya Mandi Wiladah semata-mata untuk mensucikan diri dari hadas agar ia boleh menunaikan ibadah wajib seperti solat dll, walaupun masih dalam pantang.
2) Jika melahirkan anak atau keguguran, pada mulanya tanpa diiringi nifas, maka wajib baginya Mandi Wiladah dan mendirikan solat. Kemudian jika didatangi pula dengan nifas, maka ia hendaklah berhenti solat dan wajib Mandi Hadas apabila kering darah nifas (tempoh maksima sehingga 60 hari). Kemudian ia perlu menunaikan ibadah wajib seperti solat dll.
3) Jika melahirkan anak ataupun keguguran dengan diiringi nifas serta merta, maka wajib baginya Mandi Hadas semata-mata setelah kering darah nifasnya (tempoh maksima sehingga 60 hari). Kemudian ia perlu menunaikan ibadah wajib seperti solat dll.
NIAT MANDI WILADAH
"Sahaja aku mandi wiladah fardhu ke atas ku kerana Allah taala"
MANDI WAJIB/HADAS
Mandi Wajib ataupun disebut juga Mandi Hadas adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar (haid, nifas, berjimak, dll)
NIAT MANDI WAJIB
ataupun;
rujukan:
ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/mandi-wiladah.html?m=1
anakgeriksoleh.blogspot.com/2012/01/kekeliruan-mengenai-mandi-wiladah.html?m=1



Tiada ulasan:
Catat Ulasan