Rabu, 22 April 2015

Gastrik/Pedih Ulu Hati/Kembung Perut part III

KEMBUNG PERUT


Kembung perut tidak hanya berlaku pada bayi tetapi dianggap masalah biasa yang dialami kebanyakan orang, terutama wanita kerana kejadian usus wanita yang lebih panjang (bertujuan agar wanita dapat menyerap lebih banyak cairan ketika bersalin). Dianggarkan 7-8 daripada setiap 10 orang mengalami masalah gas berlebihan.

Masalah kembung perut atau pengembangan abdomen sebenarnya tidak berlaku pada perut, sebaliknya di dalam usus kecil. Biasanya ia disebabkan proses penghadaman yang tidak teratur dan mengakibatkan penghasilan lebih banyak gas daripada biasa. Kehadiran gas berlebihan di dalam perut dan usus menyebabkan perut terasa sesak dan tidak selesa.


FAKTOR MENYEBABKAN PERUT KEMBUNG


  • Makan dengan cepat
  • Makan berlebihan
  • Makan makanan berlemak - menyebabkan proses pencernaan mengambil masa lebih lama dan memberi peluang banyak gas terkumpul dalam perut
  • Mengunyah gula-gula getah
  • Menghisap gula-gula
  • Merokok/penggunaan produk tembakau
  • Minum minuman berkarbonat - Kandungan karbon dioksida dalam minuman ini menghasilkan lebih banyak gas apabila ia menjadi hangat di dalam perut
  • Radang pada lapisan dalam perut/gastritis/ulser peptik
  • Jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H.pylori) - menyebabkan masalah kembung yang berpanjangan
  • Pengambilan sumber serat (sayur, buah atau kekacang) yang terlalu banyak secara mendadak
  • Pemakaian gigi palsu yang longgar
  • Pernafasan berlebihan dalam keadaan cemas
  • Pengambilan pil pencegah kehamilan
  • Hormon - peningkatan hormon progesteron menyebabkan berlakunya ketegangan perut dan kembung perut semasa hamil/sebelum haid (akan hilang apabila haid bermula). Wanita yang menghampiri menopous juga akan lebih kerap mengalami situasi ini.
  • Pergerakan usus yang perlahan (wanita hamil & individu yang mengalami sembelit) - meningkatkan kemungkinan untuk bakteria memeram bahan kandungan usus
  • Terlalu banyak pengambilan makanan masin/makanan proses - garam yang tinggi dalam makanan menyebabkan tubuh kekurangan air, seterusnya menarik & mengekalkan air di dalam badan yang boleh menyebabkan kembung.
  • Kekurangan enzim laktase - penurunan kemampuan untuk mencerna laktosa (gula semulajadi yang terdapat dalam produk tenusu) yang menyebabkan penghasilan gas. Kembung perut ini sering dikaitkan dengan cirit-birit dan kekejangan tetapi ia juga boleh muncul sebagai gas sahaja. Orang yang berumur juga mengalami penurunan paras enzim tersebut.
  • Proses pemecahan makanan yang tidak tercerna - Tubuh tidak boleh mencerna sesetengah makanan akibat kekurangan enzim/masalah dengan kandungan hempedu atau lapisan usus. Di usus besar, bakteria baik akan memecahkan makanan yang tidak diserap oleh badan ini, seterusnya menghasilkan gas hidrogen, karbon dioksida dan metana.
  • Bayi yang mengalami kembung perut mungkin disebabkan sistem pencernaan yang belum matang, tertelan banyak udara banyak ketika menyusu/menelan makanan, intoleran laktosa atau tidak serasi dengan diet pemakanan ibu (bagi yang menyusu).

MAKANAN YANG MENYEBABKAN KEMBUNG PERUT

  • Gula-gula getah
  • Kekacang
  • Sayur-sayuran sejuk (kobis, brocoli, asparagus, dll)
  • Kebanyakan makanan berkanji (kentang, jagung, gandum, dll) kecuali beras
  • Bawang
  • Makanan bergoreng/berlemak/masin
  • Buah-buahan yang mengandungi gula yang tinggi (epal, pir, pic, buah prun). Jika anda menghadapi masalah kembung selepas makan buah-buahan, anda mungkin mempunyai masalah intoleransi gula fruktosa
  • Produk tenusu (bagi individu yang mempunyai masalah intoleransi laktosa)
  • Minuman berkarbonat
  • Minuman berkafein/minuman tinggi asid (jus oren, jus tomato, jus nenas, dll) akan mengganggu perut dan menyebabkan bengkakan dan kembung perut
  • Pemanis tiruan (sorbitol, xylitol, maltitol, mannitol, cyclamates dan sucralose) di dalam makanan proses menggalakkan penghasilan gas

**Makanan yang menghasilkan gas pada seseorang mungkin tidak menghasilkan gas pada individu lain kerana perbezaan kandungan bakteria/faktor penyebab berlakunya perut kembung


MAKANAN YANG MENGURANGKAN KEMBUNG PERUT

Pisang
Individu yang mengalami kekembungan yang berpunca dari pengambilan garam yang tinggi disarankan mengambil pisang. Potasium di dalam pisang berfungsi menangani masalah berkaitan garam berlebihan ini. Mengimbangi potasium-sodium (garam) amat penting untuk keseimbangan air di dalam tubuh badan.

**Elakkan pengambilan pisang jika kembung perut berpunca dari masalah pencernaan.

Yogurt (probiotics)
Pengambilan yogurt yang kerap dapat meningkan kadar bakteria baik di dalam usus yang membantu proses pencernaan. Disarankan mengambil yogurt perisa asli (boleh juga diambil bersama tambahan buah-buahan segar) untuk kesan yang terbaik.

Halia
Sifat halia yang panas mampu mengeluarkan gas dari perut dan usus serta memberikan kelegaan kepada perut. Namun elakkan pengambilan halia yang berlebihan kerana ia boleh memudaratkan lagi ulser perut.



Daun Pudina
Penyelidik dari University's Nerve-Gut Research Laboratory mendapati daun pudina bertindak melegakan kesakitan, merehatkan sistem penghadaman dan mengembalikannya kepada peristalsis normal.

**Jika anda turut mengalami pedih ulu hati, elakkan pengambilan daun pudina

Betik
Kajian pada 2009 menunjukkan betik masak mempunyai bahan yang dipanggil papain yang bertundak sebagai laxatif & membantu pergerakan usus yang lambat.

Timun (diuretik semulajadi)
Pengambilan timun merupakan salah satu pilihan alternatif. Kandungan airnya yang tinggi tetapi berserat rendah, meningkatkan kekerapan pembuangan air.


PERUT KEMBUNG PADA BAYI

• Teknik menyusukan bayi mestilah dengan posisi yang betul iaitu kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada perutnya untuk mengelakkan kembung perut. Dengan cara ini susu akan lebih mudah turun ke bahagian bawah perut dan udara yang masuk pada ruang atas perut akan membuat bayi menjadi lebih mudah untuk sendawa.

• Jika menyusukan bayi menggunakan botol susu, tinggikan sedikit bahagian bawah botol supaya gelembung udara tidak terhasil pada bahagian lubang puting susu. Kawal agar aliran susu tidak terlalu laju (dengan memastikan posisi kepala lebih tinggi).

• Anda juga boleh memilih botol susu yang direka khas yang mempunyai sistem aliran udara atau “air system”  bagi mengelakkan masalah ini.



• Sendawakan bayi secara lebih kerap. Cuba sendawakan bayi setiap kali anda menukar puting jika anda menyusukan bayi atau selepas bayi menghisap dua hingga tiga auns susu formula bagi bayi yang menyusu botol.

• Bayi yang sukar/tidak sendawa akan memudaratkan lagi masalah kembung perut. Gunakan teknik berikut untuk membantu bayi anda sendawa

a) Tiarapkan bayi dengan meletakkan perutnya di atas lutut anda dan gosok belakangnya dengan lembut sambil menghayun atau mengenjut lutut anda perlahan-lahan.

 b) Dakap bayi menggunakan sebelah tangan dengan meletakkan kepalanya ke bahu anda dan tepuk belakangnya perlahan-lahan dengan sebelah tangan lagi.

 c) Telentangkan bayi, angkat kakinya dan kayuhkan ke depan dan ke belakang seperti mengayuh basikal hingga lututnya rapat ke perut.

 d) Dudukkan bayi di atas pangkuan. Angkat kepala bayi dan tepuk belakangnya dengan perlahan. 

 e)Gerakkan/dukung bayi dengan posisi yang berbeza dan gosoklah belakang badannya dengan lembut.

 f) Jika bayi menyusu ketika tidur, sendengkan badan bayi agar sedikit mengiring dengan berhati-hati. Dan dengan lembut menepuk dan menggosok belakangnya

• Jika bayi mengalami kembung perut yang teruk, sapukan minyak telon pada perut bayi. Urut perut bayi dengan lembut disekitar perut dan juga kaki.


• Boleh juga menggunakan tuam panas daripada tungku khas untuk bayi atau pasir/tanah halus yang telah dipanaskan lalu diikat menjadi bunjut.

• Jika bayi terlalu kerap kembung dan diiringi cirit-birit, kemungkinan bayi anda tidak toleran laktosa. Bertukarlah kepada produk susu yang bebas laktosa/susu formula bayi untuk hypoallergenic.

• Boleh juga berikan bayi anda Gripe Water sebagai alternatif untuk masalah kembung perut/colic/bayi mulai tumbuh gigi. Gripe Water boleh diambil oleh bayi seawal usia 1 bulan dan juga boleh diambil oleh orang dewasa. Ianya selamat selagi anda memberikannya mengikut dose dan umur bayi tersebut. Terdapat pelbagai jenama Gripe Water boleh didapati dipasaran, namun cuba elakkan jenama yang mengandungi sodium bicarbonate (mengganggu tahap pH perut bayi anda) serta vegetable carbon (charcoal) yang menyebabkan najis bayi menjadi hitam/sembelit.


PETUA TRADISIONAL


  • Bagi bayi/kanak-kanak yang mengalami masalah kembung perut, ambil beberapa helai daun cekur lalu ditumbuk halus. Sapukan di perut tiga kali sehari.
  • Ambil beberapa biji bawang putih dan buang kulitnya. Hiris bawang putih nipis-nipis. Rebuskan bersama 2 gelas air putih sehingga tinggal satu gelas. Minum ramuan ini sebulan sekali.
**Tidak sesuai bagi individu yang turut mengalami masalah pedih ulu hati


  • Ambillah beberapa helai daun jambu batu yang masih muda (pucuknya). Mamah daun jambu batu itu dengan garam lalu airnya ditelan. Atau daun jambu biasa yang masih muda dimamah halus dan ditelan. Insya-Allah mujarab dan sakit perut anda akan hilang dengan sendirinya.


  • Ambil sebuku halia yang sederhana besar, dibersihkan dan ditumbuk kasar. Campurkan ke dalam setengah gelas air panas yang mendidih. Tutup gelas tersebut dengan piring dan biarkan beberapa minit. Kemudian tapis dan ambil airnya. Bahagikan kepada dua bahagian. Anda boleh minum satu bahagian dan satu bahagian lagi boleh disimpan di dalam peti sejuk. Bila mana anda merasa perut kembung, minumlah bahagian tersebut. Lakukan sehingga kembung perut anda hilang.
  • Ambil 3 buku halia, dibersihkan dan ditumbuk halus. Rebus bersama 2 cawan air sehingga sedikit kering. Setelah sejuk, masukkan ke dalam botol dan simpan di dalam peti sejuk. Untuk minum, ambil setengah cawan air rebusan halia dan campurkan sesudu makan madu. Minum ketika perlu. (Jangan menyimpan air rebusan halia terlalu lama kerana akan mengurangkan keberkesanannya)




Ahad, 19 April 2015

Gastrik/Pedih Ulu Hati/Kembung Perut part II

Alhamdulillah, arini baru ade mase nk hadpet sal topik yang xhabis2 ni. Since bab gastrik, pedih ulu hati & kembung perut ni berkait2.. Aku akn smbg sikit lg info sal masalah ni dlm entri kali ni..


PEDIH ULU HATI DAN KETIDAKHADAMAN



Pedih ulu hati merupakan rasa sakit di bahagian atas perut atau dada dan kadangkala sehingga ke bahagian kerongkong. Ia sejenis ketidakhadaman yang biasa yang disebabkan oleh asid perut.

Sekurang-kurangnya 30% orang dewasa pernah mengalami pedih ulu hati dengan sekurang-kurangnya 10% mengalaminya hampir setiap hari. Manakala sekurang-kurangnya 25% wanita mengandung mengalami pedih ulu hati atau tanda dan simptom lain yang berkaitan pedih ulu hati walaupun tidak mengalami masalah gastrik sebelumnya.

Pedih ulu hati terjadi apabila asid perut tertolak naik ke bahagian esofagus (refluks) dan menyebabkan iritasi pada lapisan esofagus. Refluks ini terjadi disebabkan oleh injap yang memisahkan esofagus dan perut tidak tertutup dengan sempurna.

Biasanya gejala ini terjadi dalam masa 30 hingga 60 minit selepas makan. Kesakitannya meningkat apabila berbaring, membongkok ke depan atau apabila mengalami kesukaran membuang air besar.


PUNCA & FAKTOR
  • Mengambil makanan yang melemahkan otot injap esofagus seperti makanan pedas, berempah dan coklat
  • Pengambilan kafein/alkohol
  • Makan dalam kuantiti yang banyak
  • Mengunyah dengan laju
  • Melakukan aktiviti fizikal atau berbaring sejurus selepas makan
  • Diet rendah serat
  • Mengalami tekanan dan kemurungan
  • Berlebihan berat badan
  • Memakai sesuatu yang ketat di bahagian pinggang (contohnya tali pinggang yang ketat)
  • Merokok
  • Ubat-ubatan tertentu (contohnya, aspirin, ubat anti keradangan jenis bukan steroid (NSAIDs), alendronate, risedronate, doxycycline, minocycline)
  • Pengambilan supplement minyak ikan - Minyak ikan mengandungi omega-3 fatty acids  dan mampu mengurangkan masalah berkaitan hati, kemurungan dll tetapi minyak ini (bukannya pengambilan ikan) juga mampu menyebabkan pedih ulu hati
  • Pesakit Refluks Gastroesofagus (GERD) - hampir semua pernah merasakan pedih ulu hati, tetapi sekiranya anda kerap mengalami masalah ini lebih dari 2 kali seminggu, anda mungkin mengalami penyakit yg dinamakan Refluks Gastroesofagus. Penyakit ini terjadi apabila sfinkter di bahagian bawah esofagus menghalang asid daripada perut naik ke esofagus gagal berfungsi dengan baik. Akibatnya, asid daripada perut naik dan masuk ke dalam esofagus serta merosakkan dinding esofagus.
  • Pesakit jantung - masalah jantung juga mungkin menjadi penyebab masalah pedih ulu hati. Di kalangan pesakit yang dimasukkan ke hospital disebabkan pedih ulu hati, 0.6% daripadanya telah dikenal pasti menghidapi sakit jantung yang boleh membawa kepada serangan jantung.
  • Mengandung - Peningkatan hormon progesteron semasa hamil menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab dan melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim). Hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas. Pada hujung kehamilan, bayi yang semakin besar akan menolak usus dan perut ke atas. Ini menyebabkan proses pembuangan menjadi lambat, justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus.

*Masalah pedih ulu hati yang keterlaluan semasa mengandung tidak boleh diambil ringan terutamanya jika anda tidak mempunyai masalah gastrik sebelum mengandung. Ini kerana pedih ulu hati adalah salah satu gejala kepada penyakit sawan ketika mengandung dan ini sangat bahaya kepada kandungan. 


Jumpa Doktor Dengan Segera Sekiranya:
  • Kali pertama mengalami simptom pedih ulu hati dan ketidakhadaman terutamanya apabila umur telah melebihi 40 tahun
  • Mengalami simptom-simptom berkaitan beberapa kali dalam masa seminggu
  • Tidak dapat tidur pada waktu malam disebabkan simptom-simptom berkaitan ketidakhadaman dan pedih ulu hati
  • Pedih ulu hati dan ketidakhadaman semakin teruk dan tidak berkurang walaupun dengan rawatan
  • Mengalami kesakitan semasa hendak menelan
  • Najis berwarna hitam dan berdarah. (Bagi wanita mengandung, pengambilan zat besi menyebabkan najis berwarna hitam. Namun jika diiringi darah, sila dapatkan khidmat doktor dengan segera)
  • Mengalami muntah
  • Penurunan berat badan
  • Simptom bertambah buruk selepas senaman
  • Mengalami sesak nafas, berpeluh atau sakit di bahagian rahang, leher ataupun lengan (simptom serangan penyakit jantung)


TIPS ATASI GEJALA PEDIH ULU HATI



  • Bagi pesakit yang obes, penurunan berat badan ke tahap yang ideal dapat mengurangkan masalah ini
  • Elakkan makanan berlemak dan pedas yang boleh memberi kesan kepada lapisan perut dan esofagus
  • Jangan minum semasa makan
  • Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Ini dapat mengelakkan asid daripada terkumpul dalam perut anda kerana makanan akan meneutralkan asid perut. Perut yang terlalu penuh juga memaksa asid naik ke atas.
  • Buah-buahan sitrus serta makanan yang berasaskan tomato, bawang putih dan bawang boleh memudaratkan masalah ini. Oleh itu, cuba elakkan makanan-makanan ini atau ambil dalam kuantiti yang sedikit
  • Makan makanan yang mengandungi fiber/serat yang tinggi. Selain mengelakkan sembelit, serat berfungsi memperbaiki fungsi usus dan membersihkan usus
  • Elakkan makan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur
  • Kurangkan atau berhenti meminum minuman berkafein/berkarbonat/alkohol
  • Amalkan mengunyah dengan banyak sebelum menelan makanan tersebut, kerana lebih lama anda mengunyah, lebih banyak enzim yang akan dirembeskan bersama air liur yabg berupaya meneutralkan asid di dalam makanan anda
  • Makanlah dalam keadaan tenang dengan perlahan lahan. Makan ketika dalam tekanan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut
  • Posisi semasa makan haruslah betul iaitu duduk dgn tegak. Elakkan membongkok ke hadapan selepas makan kerana ini boleh meningkatkan refluks asid
  • Jangan makan dalam keadaan baring atau berdiri
  • Mengunyah gula-gula getah boleh menggalakkan rembesan air liur, selain mengurangkan keasidan perut. Tetapi elakkan gula-gula getah berperisa mint kerana ia merelakskan otot esofagus. (Elakkan mengunyah gula-gula getah sekiranya anda turut mempunyai masalah kembung perut)
  • Elakkan memakai pakaian/tali pinggang yang ketat di bahagian perut.Elakkan mengangkat benda-benda berat atau melakukan kerja berat kerana ini akan menyebabkan otot di abdomen mengecut dan meningkatkan peratusan refluks
  • Tidak baring dalam masa lebih kurang 4 jam selepas anda makan
  • Tidur dalam posisi separa duduk atau tinggikan kepala dengan menggunakan bantal yang banyak semasa tidur. Graviti akan membantu mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya dan membantu dalam proses pencernaan.
  • Tidur secara mengiring ke sebelah kiri juga membantu anda dalam masalah ini
  • Berjalan-jalan selepas makan dapat membantu penghadaman
  • Berhenti merokok kerana merokok boleh menjejaskan fungsi sfinkter esofagus
  • Cuba untuk bertenang. Stres menyebabkan lebih banyak asid perut dihasilkan dan boleh mencetuskan rasa pedih ulu hati
  • Mengambil antacid (peneutral asid dalam perut) pada waktu makan atau sebelum tidur mungkin dapat membantu mengelakkan pedih ulu hati.

*Wanita mengandung perlu mendapatkan preskripsi doktor terutama jika anda
berkemungkinan mengalami tekanan darah tinggi atau praeklamsia.

*Wanita mengandung tidak disarankan mengambil antacids yang mengandungi sodium bikarbonate/citrate kerana boleh menyebabkan edema.

*Jangan mengambil antacid bersama pil zat besi/selepas 2 jam pengambilan pil zat besi. Ini kerana, antacid boleh mengganggu penyerapan zat besi.

*Individu yang mengalami sembelit, elakkan mengambil antasid yang mengandungi aluminium hydroxide/carbonate kerana bahan ini memudaratkan lagi sembelit.


MAKANAN YANG MENGURANGKAN GEJALA PEDIH ULU HATI

Pisang
Mengandungi bahan yang bertindak mengurangkan asid di dalam perut.

Tembikai
Mempunyai kadar keasidan yang rendah (pH 6.1) namun ia mengandungi sumber magnesium yang tinggi, iaitu bahan yang terdapat dalam ubat untuk merawat simptom pedih ulu hati.

Oat
Kandungan oat yang rendah lemak dan tinggi serat mampu melegakan perut anda. Amat disarankan mengambil oat bersama pisang.

Halia
Sifat halia sebagai antibakteria dan antiradang mampu mengurangkan pelbagai masalah berkaitan perut. Anda boleh memilih untuk membuat air halia panas, dikeringkan, dimasak ataupun dimakan mentah. Halia mentah dapat memberikan kelegaan yang lebih efektif. Namun elakkan pengambilan halia yang berlebihan kerana ia boleh memudaratkan lagi ulser perut.

Aloe Vera
Aloe vera terkenal sebagai agen penyembuh semulajadi. Ia mampu melegakan kesan terbakar, dan turut bertindak memberikan kelegaan yang sama untuk perut. Menurut Victor Sierpina MD, professor di University Texas Medical Branch, lendiran aloe vera mampu meredakan keradangan di dalam perut dan juga esofogus. Ia boleh didapati  dalam bentuk semulajadi, gel (untuk dimakan), mahupun jus. Pastikan produk aloe vera itu bebas anthraquinones yang boleh memudaratkan lagi sistem pencernaan. 

*Aloe vera merupakan bahan laxatif yang bertindak seperti julap. Penggunaan jangka masa panjang adalah tidak digalakkan.

Susu Kambing
Pakar gastroenterologi, Jorge Rodriguez yang juga penulis buku 'The Acid Reflux Solution', mengatakan susu kambing segar bersifat alkali dan mempunyai kadar lemak yang kurang berbanding susu lembu menjadikannya mampu mengurangkan simptom pedih ulu hati.

Daun Parsley (Pasli)
Herba ini kaya dengan antioksidan, vitamin, mineral dan serat. Sejak bertahun-tahun parsley digunakan sebagai herba perubatan untuk membantu masalah berkaitan perut serta membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan angin dari perut dan usus.

Dari kiri: Daun parsley, daun sup (celery) & daun ketumbar (coriander)
Kayu manis
Mampu memberi kelegaan kepada perut jika diambil secara rutin. Campurkan serbuk kayu manis bersama 1 sudu kecil madu ke dalam air panas. Minum ketika perut kosong untuk kesan yang lebih efektif.

*Wanita mengandung tidak disarankan mengambil kayu manis kerana ia berfungsi mencairkan darah dan menyebabkan kontraksi rahim.

Kulit Pokok Slippery Elm (Ulmus fulva)
Berfungsi membersihkan lendir dalam usus dan melegakan keradangan dan kejadian ulser.

Akar Licorice (Glycyrrhiza glabra)
Julat lembut ini bertindak melegakan membran usus yang bengkak.

Daun Salad
Pengambilan daun salad dikatakan mampu mengurangkan simptom pedih ulu hati. Tetapi elakkan mengambil salad bersama tomato, bawang, keju mahupun sos/dressing.

Betik
Betik mengandungi enzim penghadaman yang dapat membantu melegakan perut. Ambillah ia dengan apa cara juga – buah segar, kering, dalam tin atau jus.

Soda Bikarbonat (Baking Soda)
Soda bersifat alkali mampu meneutralkan asid perut. Dr. Wolf, penulis buku 'A Woman's Guide to a Healthy Stomach', menyarankan membuat campuran 1/2 atau 1 sudu kecil baking soda bersama segelas air. Namun elakkan mengambil bancuhan ini dengan kerap kerana kadar garamnya yang tinggi boleh memberi kesan sampingan seperti bengkak dan loya.

*Wanita mengandung, pesakit jantung & individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi tidak sesuai menggunakan kaedah ini.

Air kosong
Pedih ulu hati juga dikaitkan dengan dehidrasi, jadi minum air 8 – 10 gelas sehari. Namun elakkan meminum dengan banyak pada satu-satu masa.


Rujukan

Selasa, 14 April 2015

Gastrik/Pedih Ulu Hati/Kembung Perut part I

Preknen kali ni gastrik aku mmg trok, dari pagi kembung perut & pedih ulu hati. Bila makan makanan xhadam, bertambah2 kembung & angin satu badan. Ditambah ngn loya lg, mmg sekse tol rase..

Awal2 dulu mmg lembik tol badan sebab xle nak mkn pe.. Kekadang dlm sehari xmkn nasik@bubur lgsg, just mkn pisang berangan jer tuk alas perut.. Doc gtaw sesetengah orang alami..

1) gastrik je (pghasilan jus/asid gastrik yang menghakis perut)
2) gastrik berserta angin (pghasilan jus/asid gastrik & angin/gas yang berlebihan menyebabkan kembung perut)

Mgkin ramai yg xtaw, law korang gastrik & angin, minum susu lembu le memburukkan lg kembung perut sbb susu lembu bersifat asid.. Sepanjang mengandung ni aku lgsg xnum susu tuk ibu preknen. Tiap kali minum kompen kembung perut tahap tertinggi nyer..   so aku minum susu kambing sebagai alternatif. Susu kambing ni bersifat alkali & kalsium lebih tinggi dari susu lembu. Aku num brand hi-goat sbb xkuat sgt baw hamis. De gak ckp susu kambing D'herbs (25gm x 12 pkt) xhamis & sedap tp aku tetap num hi goat. Lgpn aku dpt rege murah RM 26 (21gm x15 pkt) jer sbb pelanggan tetap 
Bila gastrik & kembung perut trok sgt, aku akn urut2 point refleksologi/acupressure tuk gastrik (time xtrok mls nk wat.. Heheeh  ) Alhamdulillah, kurang la gak.. Memandangkan aku da nk masuk trimester terakhir kehamilan & masalah gastrik & kembung akan menjelma kembali.. Maka terpakselah aku membuat persiapan yang lbh hebat lg..  


PUNCA GASTRIK
  • Stres
  • Bakteria H.pylori dalam perut yang bertindak melemahkan ketahanan dinding perut daripada ancaman asid
  • Pengambilan ubat penahan sakit (seperti aspirin, ibuprofen, dll) yang bertindak menipiskan dinding perut
  • Merokok
  • Kafein
  • Rawatan radioterapi (untuk pesakit barah)
  • Paras hormon melatonin (dihasilkan oleh kelenjar pineal pada otak manusia) yang rendah. Kekurangan hormon ini mengurangkan daya tahan tubuh terhadap penyakit.



TIPS MENGURANGKAN GASTRIK

  • Makan yang lembut (bubur, sup, kentang lenyek, dll) Makanan yang keras@sukar dihadam memudaratkan lagi ulser dan menyebabkan perut menghasilkan lebih banyak asid.
  • Amalkan pemakanan yang seimbang & makan secara teratur
  • Jangan makan terlalu kenyang.
  • Elakkan pengambilan ubat tahan sakit
  • Berhenti merokok
  • Buat urutan refleksologi/acupressure pada titik berkaitan gastrik
  • Mengambil ubat antacid atau alginate (tidak digalakkan bagi wanita mengandung)
  • Kurangkan pengambilan makanan yang..
         * Berminyak
         * Berempah
         * Masam/masin
         * Pedas
         * Makanan/minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi
         * Buah-buahan sitrus (oren, limau nipis, etc)
         * Air berkabonat
         * Air berkafein
         * Produk tenusu kecuali minuman probiotik (selain susu lembu bersifat asid, kajian membuktikan kalsium meningkatkan penghasilan asid perut)


MAKANAN YANG MEMBANTU MENGURANGKAN GASTRIK




Pisang
Mempunyai tinggi kandungan potassium dan mempunyai nilai pH yang tinggi.
Pisang juga mempunyai komponen yang membantu dinding perut untuk menghasilkan lebih banyak mukus. Mukus ini melindungi dinding dalam perut dan mengurangkan kerosakan dalam perut yang disebabkan oleh asid gastrik
Pisang yang terlebih masak mempunyai nilai pH yang lebih tinggi. pH yang tinggi bermaksud ia bersifat alkali. Boleh lah anda cuba pisang yang sedikit kehitaman untuk kurangkan sakit gastrik


Bunga cengkih
Bunga cengkih membantu melancarkan perjalanan makanan ke arah perut dan meningkatkan penghasilan air liur. Air liur akan membantu proses penghadaman. Gigit sekuntum bunga cengkih, dan kemam di dalam mulut. Minyak yang terdapat di dalam bunga cengkih akan membantu mengurangkan keasidan perut dan memberi sedikit kelegaan.


Madu
Bertindak sebagai antibakteria & anseptik yang membantu melawan penyakit. Enzim glucose oxidase di dalam madu menghasilkan hydrogen peroxide yang bertindak membunuh bakteria yang menyebabkan ulser.


Halia
Kajian menunjukkan halia yang bersifat antibakteria dapat mengawal pembiakan bakteria H. Pylori di dalam perut. Namun elakkan pengambilan halia yang berlebihan kerana ia boleh memudaratkan lagi ulser perut.






Air kelapa muda
Juga dipanggil cairan isotonik kerana mengandungi banyak zat & mineral, bertindak sebagai antibakteria & antivirus. Ia dapat melancarkan sistem penghadaman dan melegakan masalah berkaitan gastrik.

*sesetengah pendapat mengatakan air kelapa bersifat tajam, elakkan pengambilan air kelapa muda pada trimester pertama.


Kunyit
Kunyit telah digunakan sejak berzaman lagi sebagai bahan yang mempercepatkan proses penyembuhan luka. Ulser perut yang tidak dirawat dan dibiarkan terlalu lama boleh menyebabkan masalah yang lebih parah seperti kanser, dsb.


Minuman/makanan yang mengandungi probiotik
Probiotik atau bakteria baik bertindak melancarkan sistem penghadaman dan membunuh bakteria H. Pylori di dalam perut. Antara makanan/minuman yang mengandungi probiotik adalah tempe, yogurt, susu kultur, dsb.


Makanan Kaya Vitamin E
Kajian yang dilakukan di Kiev Medical Institute membuktikan vitamin E mempercepatkan proses pembaikan protein pada dinding perut. Pesakit yang mengambil pil/makanan kaya vitamin E juga lebih cepat pulih berbanding pesakit yang mengambil ubat gastrik. Makanan sumber vitamin E adalah seperti  taufu, bayam, avocado, labu, betik, dsb.



PETUA TRADISIONAL


  • Dapatkan seketul kunyit hidup. Bersihkan kunyit dan parut/tumbuk. Campurkan dengan sedikit air masak. Tapis untuk mengambil airnya. Masukkan sesudu madu dan jika suka masukkan sebiji telur kuning. Minum campuran ini bila terasa sakit.
  • Ambil sehelai pucuk betik yang tua, sedikit ibu kunyit dan ibu garam sebesar jari kelingking. Tumbukkan ketiga-tiga bahan tadi sehingga lumat dan gaulkan dengan setengah cawan air. Tapis air tersebut dan minum. Amalkan seminggu sekali selama tiga minggu.
  • Makan daun selasih, madu dan kurma setiap pagi setiap hari
  • Hiris hempedu atau pedal ayam halus-halus dan jemur hingga kering. Tumbuk hingga hancur dan campurkan dengan air suam. Minum ramuan tersebut. Minum tiga kali, pada sebelah pagi, tengah hari dan sekali lagi pada sebelah petang atau malam.
  • Kalau sakit perut teramat sangat, muntah atau demam, ambil secekak pucuk jambu batu, rebus dengan 3 sudu ketumbar, rebus dengan 3 gelas air dan masak hingga menjadi 1 gelas. Bahagikan air ini kepada 3 bahagian, minum 1 bahagian air rebusan ini tiga kali setiap 4 jam.

Nota kaki: Info & tips tentang kembung perut akan sy share kn di entri yg akn dtg.. 



Rujukan:
www.notmilk.com/dairy/calciumrecap.txt
http://www.petuatradisional.com/tips/petua-gastrik
http://inspirasikalbu.blogspot.com/2010/10/petua-hilangkan-gastrik.html?
http://m.harakahdaily.net/index.php/terbaik-dari-blog/95-terbaik-dari-blog/30326-petua-hilangkan-gastrik
http://petuawarisankita.blogspot.com/2012/09/petua-menghilangkan-masalah-perut.html?
http://matahatibonda.blogspot.com/2012/06/cara-atasi-kembung-perut.html?
http://www2.hmetro.com.my/articles/Gejalaperutkembung/Article/
http://knowyourmedicine.gov.my/newsmaster.cfm?&menuid=96&action=view&retrieveid=159&lang=BM
http://101petua.blogspot.com/2009/11/petua-mengubat-gastrik-kunyit.html?
https://beautyhealthtips.in/how-to-cure-gastric-problem-home-remedies-for-gastric-trouble/
http://www.healthline.com/health/natural-home-remedies-ulcers
http://www.drdavidwilliams.com/ulcer-natural-treatments/
http://www.drdavidwilliams.com/what-causes-ulcers
http://www.klik4sihat.com/gastrik-punca-pedih-ulu-hati.html
http://www.facebook.com/ForumHijauIndonesia/posts/419052641519172
http://www.emedicinehealth.com/script/main/mobileart-emh.asp?articlekey=58659&page=1
http://www.thenakedscientists.com/forum/index.php?topic=14078.0
http://www.healthaliciousness.com/articles/thiamin-b1-foods.php




Selasa, 7 April 2015

Dehidrasi/Nyahhidrat

Dalam entri sebelum nih, aku de cite cane aku keracunan makanan -- akibatnya cirit dan muntah trok sampai badan mengalami dehidrasi. So kali ni aku nak share info sal dehidrasi lak.. Sbb ibu2 mengandung skalian mmg mudah sgt mengalami dehidrasi law muntah2 terok..


DEHIDRASI/NYAHHIDRAT

70% daripada komposisi tubuh manusia terdiri daripada air. Secara umum, individu yang sihat akan kehilangan cecair tubuh melalui proses berpeluh, menangis, membuang air kecil dan besar. Bagaimanapun, kehilangan air dalam bentuk ini masih boleh diganti dengan mengamalkan meminum air atau mengambil makanan seperti buah-buahan.

Namun, kehilangan terlalu banyak cecair serta garam galian (seperti sodium, potasium, kalsium, fosfat, dsb) dari tubuh boleh menyebabkan dehidrasi berlaku.


JENIS-JENIS DEHIDRASI & SIMPTOM

Dehidrasi yang sedikit. Seseorang akan mengalami haus, bibir dan mulut kering serta boleh mendapat ulser.

Dehidrasi sederhana. Mengalami haus, mulut dan membran bahagian dalamnya menjadi terlalu kering, kulit menjadi kurang elastik apabila dicubit.

Dehidrasi yang serius. Dehidrasi ini memerlukan rawatan segera kerana bukan sahaja membahayakan ibu dan kandungan tapi juga boleh menyebabkan maut. Antara gejalanya adalah seperti:
  • Haus yang melampau
  • Pening
  • Keletihan yang amat sangat
  • Air kencing sedikit dan warna berubah gelap/terlalu pekat
  • Pernafasan menjadi laju/kesukaran bernafas
  • Denyutan nadi menjadi lemah
  • Mengalami renjatan
  • Pitam
  • Sesetengah kanak-kanak yang mengalami dehidrasi mengalami masalah jangkitan, muntah-muntah, mata cengkung atau terbenam dan bahagian atas kepala terbenam.




PUNCA DEHIDRASI
  • Cirit-birit yang melebihi 2 hari
  • Muntah yang melampau
  • Demam panas
  • Diabetes
  • Ubat-ubat diuretik
  • Terlalu kerap kencing (selalunya berpunca dari masalah buah pinggang)
  • Senaman yang melampau
  • Kepanasan yang keterlaluan


TIPS MENGATASI DEHIDRASI
  • Minum air putih secukupnya
  • Minum air garam/oral rehydration solution (ORS)
  • Minum minuman isotonik (dibuang/tanpa gas) untuk menggantikan elektrolit badan yang hilang
  • Elakkan minuman berkafein, berkarbonat, berais dan produk tenusu bagi yang mengalami dehidrasi akibat cirit-birit
  • Individu yang mengalami dehidrasi akibat senaman yang melampau, pengambilan air putih sejuk sudah memadai. Tidak perlu mengambil ORS kerana individu ini tidak hanya kekurangan air, tetapi mengandungi kadar sodium yang tinggi di dalam badan.
  • Bayi yang mengalami dehidrasi akibat cirit-birit perlulah diberikan susu badan secara kerap, namun boleh juga diberikan air garam ORS (mengikut preskripsi doctor) di dalam botol. Jika perlu, tukarlah kepada produk susu formula yang bebas-laktose sehingga cirit-birit berhenti.





Isnin, 6 April 2015

Darah Cair/HB rendah/Anemia


Alkisah aku baru pas f/up kat KK beberapa hari lepas. 2 minggu sebelum tu memang nes bising sebab HB aku rendah; 10.2 gm/dL jer. Yela, mase tu aku pn baru2 jer lagi kua wad. Yang latest pn 10.7 gm/dL masih gak dikire rendah wpn nek sket. Semenjak muntah2 teruk aritu dgn otometiknye sensitiviti deria baw aku mencanak2 lek. Tu yang makan pn xbape bselere sgt.. (No wonder la HB xcantik :B )

Memandangkan HB rendah, nes bg zincofer dan iron tablets sebagai supplement tambahan. Lately mmg rase pening2 pale & cepat penat gak.. Ade gak kgkawan suggest shaklee dan beberapa produk len, tapi since HB aku xdelah rendah sgt, aku lg prefer gune petua2 nekkan darah dengan cara yang lebih natural. Lgpn aku cam seriau lg.. baru2 ni jer aku dgr kes kmtian mak kpd kenalan yang meninggal sebab kegagalan buah pinggang (akibat terlalu bergantung pd obat2an dan supplement sjak dr mude). Alfatihah tuk makcik tu.. :(

Badan aku lak xsame cam org..xlame dlu aku pnh cube try test 1 produk kat pasaran yang ngah giler2 meletop mase tu dek kehebatan dan keberkesanan produk tersebot. Dalam beribu mnusia yg consume produk tu, aku sorg agknye yg xserasi.. Dala aku kena alahan trok sejak amek produk tu..sampai skrg lak tu dpt alahan tu.. :B Nasihat aku, walau ape pn supplement korang try, tgkla keserasian dlu..sbb reaksi bdn mnsia nih sumenyer len2.. Kne alert n sllu2lah perhatikan perubahan2 ats dri korang.. Tapi ape pn, semakin byk supplement yg korang amek, make semakin bykla air 0 yg korang kne minum (>8 gelas air) spya xsembelit serta badan le singkirkan segala toksin & bahan yang xdperlukan serta xmenjejaskan buah pinggang..

Cam byk lak aku membebel.. Heheh.. Oke, skrg jom kite berkenal2an ngn masalah xcukup sel darah merah ni..


ANEMIA

Darah cair, HB rendah, anemia semuanya merujuk kepada perkara yang sama iaitu keadaan dimana kekurangan sel darah merah atau hemoglobin iaitu sejenis protein yang membawa oksigen dalam darah. (Terdapat satu lagi masalah darah cair iaitu Thrombocytopenia atau kurang platlet darah).

Perunding Obstetrik dan Ginekologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr. Norleen Mohd Salleh, berkata ketika hamil isipadu darah bertambah 50% menyebabkan kepekatan darah berkurang. Ini menyebabkan sesetengah kakitangan perubatan menggunakan istilah darah cair bagi memudahkan pemahaman. Menurutnya lagi, kebanyakkan wanita mengalami anemia ketika mengandung dan 90% kes disebabkan kekurangan zat besi. Kekurangan zat besi berlaku kerana janin menggunakan sel darah merah ibu untuk pertumbuhan dan pembentukkan organnya, terutama pada trimester terakhir kehamilan.


KOMPLIKASI

  • Keguguran
  • Kenaikan berat badan yang sedikit
  • Kelahiran bayi pramatang/tidak cukup bulan
  • Bayi mati dalam kandungan
  • Jangkitan
  • Sukar melahirkan anak
  • Risiko tindak balas badan terhadap ubat bius
  • Kegagalan jantung ketika bersalin
  • Pendarahan selepas bersalin
  • Pereputan tisu
  • Bayi tidak cukup berat


PUNCA

Terdapat pelbagai punca anemia samada yang diwarisi (seperti talessemia) dan yang diperolehi (akibat pemakan, pendarahan, kehamilan, dll). Namun kebanyakkan masalah anemia berlaku berpunca dari
  1. Kekurangan zat besi
  2. Kekurangan folate/folic acid
  3. Kekurangan vitamin B12


TIPS MENINGKATKAN HEMOGLOBIN DARAH

Anemia Akibat Kekurangan Zat Besi
Masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan makanan yang kaya dengan zat besi SERTA makanan yang kaya dengan vitamin C (membantu penyerapan zat besi). Tanpa vitamin C secukupnya, badan tidak dapat menyerap zat besi sepenuhnya.

Makanan Kaya Zat Besi
  • Daging merah dan ikan (zat besi dari sumber daging merah lebih mudah diserap oleh badan berbanding zat besi dari sumber yang lain)
  • Hati
  • Kerang (tidak sesuai bagi individu yang mempunyai alahan)
  • Sayuran berdaun hijau (bayam, kangkung)
  • Asparagus
  • Bijirin (bijan, barli, suji)
  • Kekacang terutama badam dan kacang peas
  • Buah-buahan kering (kurma, kismis, aprikot, prune, buah tin)




Makanan Kaya Vitamin C
  • Buah-buahan (*kurma cina, kiwi, jambu, oren, strawberi, tembikai, anggur, betik, epal)
  • Brocoli
  • Kobis
  • Capsicum
  • Tomato

*kurma cina/red dates/jujube mengandungi magnesium, potassium, copper, niacin, kalsium, phosphorus dan zat besi. Gabungan ini membuatkan ia mengandungi 20 kali ganda vitamin C dari buah-buahan citrus & menguatkan sistem imun badan.

Kurma Cina/Red Dates/Jujube

Anemia Akibat Kekurangan Folate/Folic Acid (Vitamin B9)
Folate merupakan bentuk semulajadi manakala folic acid merupakan bentuk sintetik (buatan). Anemia akibat kekurangan vitamin ini boleh diatasi dengan pengambilan pil folic acid atau makanan yang kaya dengan folate seperti:
  • Sayuran berdaun hijau
  • Asparagus
  • Brocoli
  • Lobak merah
  • Pisang
  • Jagung
  • Avocado
  • Kekacang (badam, kuaci, dll)


PERHATIAN!!
Jika anda mengambil banyak makanan kaya vitamin C, anda perlu juga meningkatkan pengambilan folic acid kerana vitamin C mampu menyingkirkan folic acid dalam badan.


Anemia Akibat Kekurangan Vitamin B12
Anemia akibat kekurangan vitamin ini biasanya terjadi kepada individu yang mempunyai masalah sistem imun badan (termasuk masalah thyroid, dsb), individu vegetarian tegar, serta warga emas. Masalah ini boleh diatasi dengan pengambilan
  • Daging merah secukupnya
  • Makanan laut
  • Produk tenusu
  • Telur
  • Bijirin sarapan yang diperkaya dengan vitamin B12
  • Suplement vitamin B12 (jika anda mengambil suplement B12, maklumkan kepada doktor untuk memastikan ia tidak memberi kesan terhadap pengambilan ubat-ubatan yang lain)
  • Suntikan vitamin B12


Apa yang perlu anda lakukan..
Hampir setiap jenis anemia yang dinyatakan diatas mempunyai kaitan antara satu sama lain. Dari itu anda disarankan mengamalkan PEMAKANAN SEIMBANG dengan meningkatkan pengambilan makanan sumber zat besi, makanan sumber vitamin C untuk penyerapan zat besi yang berkesan dan dalam masa yang sama mengambil makanan sumber folic acid. Bagi individu yang berisiko mendapat anemia akibat kekurangan B12, pastikan anda mendapat sumber B12 yang secukupnya dari diet harian :)


Nota kaki: Mesti ramai yang tak tau info ni kan.. :) Yela punyelah panjang lebar aku cite sal jenis/punca masalah anemia ni. Nes kat KK pn xde mase nak terang satu2. Dorang soh makan makanan tinggi zat besi & vitamin C jer sebab rata-rata ibu mengandung alami anemia akibat kekurangan zat besi. Tapi apepun, yang penting ibu-ibu mengandung sekalian.. Cubelah amalkanlah pemakanan seimbang wpn ketika alahan.. Bertukar2 dan carik inisiatif makanan pe yang le telan~~ :-)



Rujukan:
http://www.thehealthsite.com/diseases-conditions/tips-to-increase-haemoglobin-levels-naturally/
http://m.healthmeup.com/photogallery-diet-fitness/top-5-foods-to-improve-your-hemoglobin/11561
http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/iron-deficiency-anemia/basics/prevention/con-20019327
http://www.drugs.com/health-guide/vitamin-b12-deficiency.html
http://www.medicalnewstoday.com/articles/172774.php
http://www.nhs.uk/Conditions/Anaemia-vitamin-B12-and-folate-deficiency/Pages/Introduction.aspx
http://www.globalhealingcenter.com/natural-health/folic-acid-foods/
http://foodfacts.mercola.com/jujubes.html
http://www.webmd.com/a-to-z-guides/tc/folic-acid-deficiency-anemia-topic-overview
http://www.webmd.com/food-recipes/guide/vitamin-b12-deficiency-symptoms-causes
http://www.wikipedia.org/wiki/Penyakit_anemia





Jumaat, 3 April 2015

Cirit-birit/diarrhea

Orang kate cirit mase preknen adalah perkare biasa, sebab beralih bulan kelahiran.. Tapi aku adalah salah sorang insan terpilih yang mempunyai perut yang sangat sensitif sejak dari kecik :D Kebanyakkan makanan yang aku makan mesti akan menyebabkan aku cirit hampir setiap hari. Cume bukan tahap teruk la.. (Kirenye law xcirit dlm sehari-2 tu memang bersyukur sangat2.. ) :) Selalunye aku minum teh'0 pekat tanpa gula jela pn nak kurangkan cirit.

Perut aku nih jenis yang xbole tolerate gula yang tinggi agaknya. Sesudu gula dalam air pn bole sebabkan sakit perut. Bayangkanlah law aku makan makanan yang tinggi kandungan gula cam eskrem, dessert, kuih-muih bagai.. Tapi aku tetap mkn gak bile tingin. Hehee.. Yela da seumo idop cenggini, law xmakan mmg xkan merase ler.. :D

Bila preknen ni, tahap sensitiviti perut pn makin ler bergande2. Cam best lg sebab gastrik aku pn teruk, make minum teh'0 pekat lagi la watkan perut kembung dan angin satu badan. Aku banyak num air kosong suam (sebab air masak@sejuk jadik pelawas!), num vitagen (less sugar xpn yang collagen nyer) dan wat urutan refleksologi/acupressure pada point berkaitan diarrhea (aku akan terangkan topik berkaitan refleksologi/acupressure dalam entri2 yang akan datang, insyaAllah..).

Wpn aku pencirit tegar :D tapi xpernah la lg cirit sampai ternyahhidrat bagai. Tapi da rejeki nak terkena agaknya, aku keracunan makanan lak paz kenduri tempoh ari. Akibat cirit yang melampau dan muntah2 sehingga badan mengalami dehidrasi, maka aku terpakse amek pakej percutian 2 hari 1 malam kat wad PPUM pada 18hb Mac lepas.. :D

Memang ler sekse law perut syik memulas dan nak tercirit jer memanjang lebih2 lagi bagi wanita preknen.. So aku nak share kat sini info sal cirit-birit nih supaye le r korang jadikan rujukan disaat tak terduga.. Acewah~ :D

CIRIT-BIRIT
Sesetengah wanita hamil akan mengalami masalah cirit-birit semasa tempoh kehamilan walaupun kebanyakkannya mengalami masalah sembelit.

Antara punca yang menyebabkan cirit-birit adalah:
  • Pola/diet pemakanan yang berubah - kebanyakkan wanita mengubah pola pemakanan secara drastik apabila mengetahui tentang kehamilannya. Perubahan ini menyebabkan ketidakselesaan pada perut dan boleh menyebabkan cirit-birit.
  • Sensitif terhadap makanan - perubahan yang berlaku dalam tubuh wanita hamil turut mempengaruhi sensitiviti perut terhadap makanan.
  • Vitamin pranatal - pengambilan vitamin pranatal adalah amat baik untuk kesihatan anda dan kandungan anda, namun ia juga mampu memberikan rasa ketidakselesaan perut bagi wanita yang mempunyai perut sensitif.
  • Sistem imun badan yang merosot ketika hamil - menyebabkan wanita hamil mudah mendapat cirit akibat keracunan makanan, alahan mahupun jangkitan virus/bakteria/parasit di dalam usus.
  • Perubahan hormon - mampu memperlahankan/mempercepatkan sistem pencernaan seterusnya menyebabkan sembelit/cirit-birit. Masalah yang disebabkan perubahan hormon ini, lazimnya berlaku pada trimester akhir kehamilan sebagai persediaan untuk kelahiran bayi.

KOMPLIKASI:
Cirit-birit yang berpanjangan boleh menyebabkan..

  • Otot perut kejang
  • Badan mengalami dehidrasi (nyahhidrat)
  • Bayi mungkin keguguran/kelahiran pramatang jika ibu mengalami dehidrasi yang kronik

TIPS KURANGKAN CIRIT-BIRIT
  • Minum air putih secukupnya untuk elakkan dehidrasi.
  • Ambil cecair (air putih, sup) dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.
  • Minum air isotonik (dibuang gas)/air garam nyahhidrat seperti Dioralyte (ORS) bagi menggantikan elektrolit badan yang hilang.
  • Elakkan minuman yang mempunyai kadar gula yang tinggi, berkafein, berkarbonat dan air berais.
  • Elakkan produk tenusu (kecuali yogurt dan susu kultur) sehingga 3 hari selepas cirit-birit berhenti.
  • Boleh juga mengambil minuman probiotik/yogurt yang bertindak membantu sistem pencernaan.
  • Pengambilan teh kosong pekat mampu mengurangkan cirit, namun bagi mereka yang mengalami maslah gastrik dan kembung perut, kaedah ini tidak sesuai dan boleh memudaratkan lagi keadaan.
  • Ambil makanan kurang berlemak dan lembut seperti bubur nasi, kentang rebus, sayur lenyek, biskut tawar, dll.
  • Makan buah blueberi yang bertindak sebagai antioksidan dan antibakteria.
  • Elakkan makanan bergoreng, makanan pedas, berempah, sayur-sayuran mentah serta makanan tinggi serat.
  • Kurangkan aktiviti biasa dan rehat secukupnya sehingga cirit-birit berhenti.
  • Buat urutan refleksologi/tekanan acupressure pada titik yang berkaitan diarrhea.
  • Wanita hamil ditegah sama sekali mengambil ubat-ubatan sepert ubat anti cirit-birit (Imodium, dsb), pil-pil herba, mahupun ubat antibiotik tanpa pengawasan dari doktor.
  • Dapatkan khidmat doktor secepat mungkin jika cirit-birit berterusan lebih dari 8 jam dengan pengeluaran najis yang berlebihan (6 kali), sakit melebihi 48 jam, ternyahhidrat dengan teruk atau mengalami demam.


Rujukan:


Masalah Yang Sering Dialami Oleh Wanita Hamil


Berikut merupakan masalah yang sering dialami oleh ibu mengandung. Bagi aku lak, lebih dari separuh masalah dari list tu yang aku alami sendiri. So terpakse la aku carik info dalam majalah2, gugel kat tenet cara-cara nak kurangkan/atasi masalah-masalah tersebut.

Aku banyak refer kat website yang berlainan tuk kumpul bermacam kaedah dan cara. Payah gak nak carik satu-satu tips bila nak gune, nak-nak law dalam keadaan tergesa-gesa. Dats y la aku kumpul info dan tips-tips ni tuk memudahkan aku refer lek, dalam mase yang same le berkongsi ngan orang len gak :-)

• CIRIT-BIRIT
• DARAH CAIR (HB RENDAH)/ ANEMIA
• DEHIDRASI
• GASTRIK/ KEMBUNG PERUT/ PEDIH HULU HATI
• GATAL-GATAL ABDOMEN/ PAYUDARA/ STRECHMARK
• GULA DALAM DARAH KURANG (HYPOGLYCEMIA)
• HYPERTHYROID
• HYPOTHYROID
• KAKI KEJANG
• KAKI BENGKAK (EDEMA)
• KENCING KOTOR/JANGKITAN PUNDI KENCING
• KENCING MANIS
• KERAP KENCING
• KULIT KERING
• SAKIT BELAKANG
• SAKIT GIGI
SAKIT PINGGANG
• SAKIT TULANG PUNGGUNG
• SEMBELIT
• TEKANAN DARAH RENDAH
• TEKANAN DARAH TINGGI
• URAT TIMBUL (VERICOSE VEIN)

Kali ni aku senaraikan secara ringkas jer masalah-masalah biasa ibu mengandung. InsyaAllah aku akan berkongsi info dan tips-tips yang berkaitan setiap masalah ni dalam entri yang akan datang. Moga niat aku dipermudahkan Allah dan diberiNya kesempatan masa serta kesihatan tubuh badan~ Aamiin ya robbal a'lamin..

Rabu, 1 April 2015

Tips Kurangkan Alahan Ketika Hamil

Entri kali ni aku nak kongsi pengalaman aku sndri sal alahan (morning sickness) ketika preknen. Alhamdulillah aku da lepas pn trimester pertame wpun penuh dgn dugaannya..

Bagi ibu2 baru yg xde pengalaman cam aku, mesti stress gak bila alahan teruk. Nak2 sampai lgsg xde slere mkn@NAK MKN TP LGSG XLE TELAN (cam yg aku alami) sebab muntah/rase loya sepanjang masa. Alahan aku bertambah hebat lg disebabkan gastrik+kembung perut yg melampau2 sgt thpnye. :(

Sensitif pada bau xyah ckp la.. Bkn stakat bau asap, bau wap nasik/laok-paok, segale pepium, sabun mandi/basuh, hatta bedak pn le trigger rase loye.. Sepanjang mase tpakse kai mask wpn dalam rumah. :D Aku bergantung pd pisang (berangan jer yg kurang angin) & bubur nasik kosong (air+garam smate2) tuk survive sampai bln ke 4. Kurma pn tekak aku xle tolerate gk.. Tapi syukur alhamdulillah, aku da start le mkn aym sket2 pastu. Masuk bln ke 5 baru la gastrik + loye aku berkurangan, so dptla mkn mknan bkhasiat (wpn masih xbjaye nk mkn ikan sampai skrg :( ) tuk cover lek sgla nutrisi tuk bby..


ALAHAN KEHAMILAN/MORNING SICKNESS

Alahan kehamilan/Morning sickness atau dalam medical term dipanggil nausea/vomiting of pregnancy (NVP) menyebabkan wanita hamil mengalami loya/muntah serta kelesuan. Bagi sesetengah individu, simptom ini biasa berlaku di awal pagi dan semakin berkurangan menjelang petang namun kebanyakkan wanita mengalaminya sepanjang hari.

Alahan kehamilan dialami oleh hampir 75% wanita hamil dan 28% darinya pula hanya mengalami rasa loya tanpa muntah. Simptom ini lazimnya bermula seawal minggu ke-4 kehamilan, dan berkurangan menjelang minggu ke-14 (walaupun ia mungkin berulang kembali semasa trimester ke-3).


PUNCA

Punca sebenar terjadinya alahan kehamilan tidak diketahui, tetapi pakar berpendapat ianya disebabkan perubahan hormon dan fizikal dalam badan sepanjang tempoh kehamilan. Perubahan ini juga meningkatkan sensitiviti pada bahagian otak yang merangsang rasa loya. Berikut merupakan kemungkinan punca-punca menyebabkan simptom ini :

1. Hormon human chorionic gonadotropin (hCG) - lebih tinggi paras hormon ini, lebih tinggi kadar loya/muntah yang dialami oleh wanita hamil.

2. Hormon estrogen - paras hormon ini tinggi sehingga 100 kali ganda semasa hamil, turut dipercayai menjadi salah satu punca alahan kehamilan.

3. Hormon progesteron - peningkatan hormon progesteron semasa hamil melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim) dan melambatkan proses pencernaan. Ini seterusnya menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik.

4. Jangkitan Bakteria H.pylori (h.pylori) - menurut kajian Dr. Vagif Soultanov, loya/muntah yang kronik (hyperemesis gravidarum) ketika hamil berkemungkinan disebabkan oleh bakteria H.pylori. Perubahan kepekatan cecair tubuh wanita hamil turut merubah tahap keasidan (pH) perut yang mampu mengaktifkan bakteria ini.

5. Deria bau yang sensitif - menyebabkan sesetengah bau-bauan boleh merangsang rasa loya/muntah.

6. Stres - sesetengah pakar berpendapat loya/muntah merupakan respon abnormal terhadap stres yang dialami oleh wanita hamil.


SIAPA YANG BERISIKO?

1. Wanita yang mempunyai penyakit migrain.
2. Wanita yang mempunyai masalah gastrik (terutama yang telah dijangkiti bakteria H.pylori)
3. Wanita yang mempunyai sejarah mabuk pergerakan (juga dikenali sebagai mabuk jalan/darat/kereta) ketika sebelum hamil.
4. Wanita yang mengalami rasa loya/muntah semasa pengambilan pil perancang (tindakbalas terhadap hormon estrogen).
5. Wanita yang mengalami alahan kehamilan ketika kehamilan terdahulu.
6. Wanita yang mempunyai ahli keluarga yang memiliki sejarah alahan kehamilan, turut berisiko tinggi mengalami perkara yang sama.
7. Wanita yang mengandung anak kembar.


TIPS KURANGKAN ALAHAN KEHAMILAN

1. Tidak tergesa-gesa ketika bangun dari tidur, sebaliknya baring dahulu beberapa minit. Relakskan diri anda dan berikan badan anda masa untuk bersedia menghadapi hari baru. Bangun perlahan-lahan dan duduk seketika sebelum berdiri.

2. Simpan snek ringan seperti biskut tawar di sebelah katil dan makan sejurus bangun dari katil. Ini akan membantu menyerap asid perut.

3. Elakkan minum air semasa perut kosong ketika bangun dari tidur. Minum air hanya setelah anda menjamah sedikit snek ringan. Minum air semasa perut kosong boleh mencetuskan rasa loya/muntah.

4. Makan sedikit tetapi kerap iaitu diantara 6-8 kali sehari (termasuk makanan berat, makanan ringan, buah-buahan dan sayuran).
Cuba makan setiap 2-3 jam untuk memastikan perut anda tidak kosong.

5. Elakkan berbaring selepas makan (terutama mengiring di atas rusuk kiri) kerana ia melambatkan proses pencernaan.

6. Jauhkan dari bau-bauan/makanan  yang boleh merangsang rasa loya.

7. Makan makanan yang telah suam/pada suhu bilik kerana makanan yang panas mempunyai aroma yang lebih kuat.

8. Elakkan makanan yang berlemak, berempah, berasid atau bergoreng kerana ia sukar dihadam dan boleh mengganggu perut.

9. Makan pisang diantara waktu makan boleh mengekalkan kadar gula dalam darah, mengurangkan rasa mual/muntah serta mengurangkan simptom pedih hulu hati.

10. Makanan yang masam boleh mengurangkan rasa loya namun bagi yang mengalami masalah gastrik, boleh juga menggantikannya dengan halwa halia/gula-gula.

11. Makan atau minum makanan/minuman berhalia untuk melegakan kembung perut. Walau bagaimanapun, halia perlu digunakan dalam kuantiti yang sederhana dan dengan berhati-hati kerana dos yang telalu tinggi boleh mencetus penghasilan jus gastrik.

12. Ambil vitamin pranatal anda selepas makan atau sebelum tidur.

13. Vitamin B6 (piridoksina) atau multivitamin kehamilan boleh mengurangkan mabuk kehamilan. Jika anda mengambil vitamin semasa kehamilan, anda mungkin kurang mengalami simptom yang teruk. Periksa dengan doktor anda sebelum mengambil sebarang makanan tambahan semasa kehamilan.

14. Elakkan makan bersulam air kerana ia boleh menjejaskan proses penghadaman.

15. Cuba minum diantara waktu makan terutamanya jika anda rasa sukar untuk minum tanpa muntah semula.

16. Pastikan anda minum dengan kerap namun jangan minum terlalu banyak pada satu-satu masa sehingga boleh menyebabkan anda kenyang. Cuba hisap kiub ais/ais krim buah-buahan jika anda loya.

17. Minum air kosong secukupnya bagi mengelakkan dehidrasi serta jangkitan bakteria H.pylori. Anda juga disarankan minum minuman susu kultur yang mengandungi bacteria baik (Lactobacillus) atau makan yogurt untuk mengurangkan simptom morning sickness akibat bakteria ini.

18. Cuba terapi semulajadi. Aromaterapi (minyak limau nipis, lemon atau sitrus) atau rawatan alternatif homeopati boleh membantu anda tetapi jumpalah pengamal yang berpengalaman dalam merawat wanita hamil.

19. Memakai gelang tangan acupressure atau mabuk laut. Ia boleh didapati di farmasi dan kedai makanan kesihatan dan boleh mengurangkan loya dan muntah bagi sesetengah wanita.

20. Buat urutan refleksologi/tekanan acupressure pada titik yang berkaitan loya/muntah.

21. Pakai pakaian yang longgar dan selesa. Ini disebabkan perubahan hormon  wanita hamil menyebabkan badan berasa panas yang boleh mencetus perut anda mual. Dalam masa yang sama, elakkan pergi tempat yang hangat dan penuh sesak.

22. Rehat yang secukupnya dan ambil masa rehat dari bekerja jika perlu. Tekanan dan keletihan boleh membuatkan mabuk kehamilan lebih teruk.

23. Dapatkan khidmat doktor sekiranya keadaan anda bertambah teruk.




Rujukan: