PEDIH ULU HATI DAN KETIDAKHADAMAN
Pedih ulu hati merupakan rasa sakit di bahagian atas perut atau dada dan kadangkala sehingga ke bahagian kerongkong. Ia sejenis ketidakhadaman yang biasa yang disebabkan oleh asid perut.
Sekurang-kurangnya 30% orang dewasa pernah mengalami pedih ulu hati dengan sekurang-kurangnya 10% mengalaminya hampir setiap hari. Manakala sekurang-kurangnya 25% wanita mengandung mengalami pedih ulu hati atau tanda dan simptom lain yang berkaitan pedih ulu hati walaupun tidak mengalami masalah gastrik sebelumnya.
Pedih ulu hati terjadi apabila asid perut tertolak naik ke bahagian esofagus (refluks) dan menyebabkan iritasi pada lapisan esofagus. Refluks ini terjadi disebabkan oleh injap yang memisahkan esofagus dan perut tidak tertutup dengan sempurna.
Biasanya gejala ini terjadi dalam masa 30 hingga 60 minit selepas makan. Kesakitannya meningkat apabila berbaring, membongkok ke depan atau apabila mengalami kesukaran membuang air besar.
PUNCA & FAKTOR
- Mengambil makanan yang melemahkan otot injap esofagus seperti makanan pedas, berempah dan coklat
- Pengambilan kafein/alkohol
- Makan dalam kuantiti yang banyak
- Mengunyah dengan laju
- Melakukan aktiviti fizikal atau berbaring sejurus selepas makan
- Diet rendah serat
- Mengalami tekanan dan kemurungan
- Berlebihan berat badan
- Memakai sesuatu yang ketat di bahagian pinggang (contohnya tali pinggang yang ketat)
- Merokok
- Ubat-ubatan tertentu (contohnya, aspirin, ubat anti keradangan jenis bukan steroid (NSAIDs), alendronate, risedronate, doxycycline, minocycline)
- Pengambilan supplement minyak ikan - Minyak ikan mengandungi omega-3 fatty acids dan mampu mengurangkan masalah berkaitan hati, kemurungan dll tetapi minyak ini (bukannya pengambilan ikan) juga mampu menyebabkan pedih ulu hati
- Pesakit Refluks Gastroesofagus (GERD) - hampir semua pernah merasakan pedih ulu hati, tetapi sekiranya anda kerap mengalami masalah ini lebih dari 2 kali seminggu, anda mungkin mengalami penyakit yg dinamakan Refluks Gastroesofagus. Penyakit ini terjadi apabila sfinkter di bahagian bawah esofagus menghalang asid daripada perut naik ke esofagus gagal berfungsi dengan baik. Akibatnya, asid daripada perut naik dan masuk ke dalam esofagus serta merosakkan dinding esofagus.
- Pesakit jantung - masalah jantung juga mungkin menjadi penyebab masalah pedih ulu hati. Di kalangan pesakit yang dimasukkan ke hospital disebabkan pedih ulu hati, 0.6% daripadanya telah dikenal pasti menghidapi sakit jantung yang boleh membawa kepada serangan jantung.
- Mengandung - Peningkatan hormon progesteron semasa hamil menyebabkan proses pencernaan menjadi lembab dan melonggarkan otot-otot lembut dalam uterus (rahim). Hormon ini melonggarkan injap yang mengasingkan esofagus daripada perut. Ini menyebabkan asid gastrik dapat melonjak naik ke atas. Pada hujung kehamilan, bayi yang semakin besar akan menolak usus dan perut ke atas. Ini menyebabkan proses pembuangan menjadi lambat, justeru memaksa asid di dalam perut naik ke dalam esofagus.
*Masalah pedih ulu hati yang keterlaluan semasa mengandung tidak boleh diambil ringan terutamanya jika anda tidak mempunyai masalah gastrik sebelum mengandung. Ini kerana pedih ulu hati adalah salah satu gejala kepada penyakit sawan ketika mengandung dan ini sangat bahaya kepada kandungan.
Jumpa Doktor Dengan Segera Sekiranya:
- Kali pertama mengalami simptom pedih ulu hati dan ketidakhadaman terutamanya apabila umur telah melebihi 40 tahun
- Mengalami simptom-simptom berkaitan beberapa kali dalam masa seminggu
- Tidak dapat tidur pada waktu malam disebabkan simptom-simptom berkaitan ketidakhadaman dan pedih ulu hati
- Pedih ulu hati dan ketidakhadaman semakin teruk dan tidak berkurang walaupun dengan rawatan
- Mengalami kesakitan semasa hendak menelan
- Najis berwarna hitam dan berdarah. (Bagi wanita mengandung, pengambilan zat besi menyebabkan najis berwarna hitam. Namun jika diiringi darah, sila dapatkan khidmat doktor dengan segera)
- Mengalami muntah
- Penurunan berat badan
- Simptom bertambah buruk selepas senaman
- Mengalami sesak nafas, berpeluh atau sakit di bahagian rahang, leher ataupun lengan (simptom serangan penyakit jantung)
TIPS ATASI GEJALA PEDIH ULU HATI
- Bagi pesakit yang obes, penurunan berat badan ke tahap yang ideal dapat mengurangkan masalah ini
- Elakkan makanan berlemak dan pedas yang boleh memberi kesan kepada lapisan perut dan esofagus
- Jangan minum semasa makan
- Makan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap. Ini dapat mengelakkan asid daripada terkumpul dalam perut anda kerana makanan akan meneutralkan asid perut. Perut yang terlalu penuh juga memaksa asid naik ke atas.
- Buah-buahan sitrus serta makanan yang berasaskan tomato, bawang putih dan bawang boleh memudaratkan masalah ini. Oleh itu, cuba elakkan makanan-makanan ini atau ambil dalam kuantiti yang sedikit
- Makan makanan yang mengandungi fiber/serat yang tinggi. Selain mengelakkan sembelit, serat berfungsi memperbaiki fungsi usus dan membersihkan usus
- Elakkan makan sekurang-kurangnya 2 jam sebelum tidur
- Kurangkan atau berhenti meminum minuman berkafein/berkarbonat/alkohol
- Amalkan mengunyah dengan banyak sebelum menelan makanan tersebut, kerana lebih lama anda mengunyah, lebih banyak enzim yang akan dirembeskan bersama air liur yabg berupaya meneutralkan asid di dalam makanan anda
- Makanlah dalam keadaan tenang dengan perlahan lahan. Makan ketika dalam tekanan akan menyebabkan ketidakhadaman dalam perut
- Posisi semasa makan haruslah betul iaitu duduk dgn tegak. Elakkan membongkok ke hadapan selepas makan kerana ini boleh meningkatkan refluks asid
- Jangan makan dalam keadaan baring atau berdiri
- Mengunyah gula-gula getah boleh menggalakkan rembesan air liur, selain mengurangkan keasidan perut. Tetapi elakkan gula-gula getah berperisa mint kerana ia merelakskan otot esofagus. (Elakkan mengunyah gula-gula getah sekiranya anda turut mempunyai masalah kembung perut)
- Elakkan memakai pakaian/tali pinggang yang ketat di bahagian perut.Elakkan mengangkat benda-benda berat atau melakukan kerja berat kerana ini akan menyebabkan otot di abdomen mengecut dan meningkatkan peratusan refluks
- Tidak baring dalam masa lebih kurang 4 jam selepas anda makan
- Tidur dalam posisi separa duduk atau tinggikan kepala dengan menggunakan bantal yang banyak semasa tidur. Graviti akan membantu mengekalkan asid perut di tempat yang sepatutnya dan membantu dalam proses pencernaan.
- Tidur secara mengiring ke sebelah kiri juga membantu anda dalam masalah ini
- Berjalan-jalan selepas makan dapat membantu penghadaman
- Berhenti merokok kerana merokok boleh menjejaskan fungsi sfinkter esofagus
- Cuba untuk bertenang. Stres menyebabkan lebih banyak asid perut dihasilkan dan boleh mencetuskan rasa pedih ulu hati
- Mengambil antacid (peneutral asid dalam perut) pada waktu makan atau sebelum tidur mungkin dapat membantu mengelakkan pedih ulu hati.
*Wanita mengandung perlu mendapatkan preskripsi doktor terutama jika anda
berkemungkinan mengalami tekanan darah tinggi atau praeklamsia.
berkemungkinan mengalami tekanan darah tinggi atau praeklamsia.
*Wanita mengandung tidak disarankan mengambil antacids yang mengandungi sodium bikarbonate/citrate kerana boleh menyebabkan edema.
*Jangan mengambil antacid bersama pil zat besi/selepas 2 jam pengambilan pil zat besi. Ini kerana, antacid boleh mengganggu penyerapan zat besi.
*Individu yang mengalami sembelit, elakkan mengambil antasid yang mengandungi aluminium hydroxide/carbonate kerana bahan ini memudaratkan lagi sembelit.
MAKANAN YANG MENGURANGKAN GEJALA PEDIH ULU HATI
Pisang
Mengandungi bahan yang bertindak mengurangkan asid di dalam perut.
Tembikai
Mempunyai kadar keasidan yang rendah (pH 6.1) namun ia mengandungi sumber magnesium yang tinggi, iaitu bahan yang terdapat dalam ubat untuk merawat simptom pedih ulu hati.
Oat
Kandungan oat yang rendah lemak dan tinggi serat mampu melegakan perut anda. Amat disarankan mengambil oat bersama pisang.
Halia
Sifat halia sebagai antibakteria dan antiradang mampu mengurangkan pelbagai masalah berkaitan perut. Anda boleh memilih untuk membuat air halia panas, dikeringkan, dimasak ataupun dimakan mentah. Halia mentah dapat memberikan kelegaan yang lebih efektif. Namun elakkan pengambilan halia yang berlebihan kerana ia boleh memudaratkan lagi ulser perut.
Aloe Vera
Aloe vera terkenal sebagai agen penyembuh semulajadi. Ia mampu melegakan kesan terbakar, dan turut bertindak memberikan kelegaan yang sama untuk perut. Menurut Victor Sierpina MD, professor di University Texas Medical Branch, lendiran aloe vera mampu meredakan keradangan di dalam perut dan juga esofogus. Ia boleh didapati dalam bentuk semulajadi, gel (untuk dimakan), mahupun jus. Pastikan produk aloe vera itu bebas anthraquinones yang boleh memudaratkan lagi sistem pencernaan.
*Aloe vera merupakan bahan laxatif yang bertindak seperti julap. Penggunaan jangka masa panjang adalah tidak digalakkan.
Susu Kambing
Pakar gastroenterologi, Jorge Rodriguez yang juga penulis buku 'The Acid Reflux Solution', mengatakan susu kambing segar bersifat alkali dan mempunyai kadar lemak yang kurang berbanding susu lembu menjadikannya mampu mengurangkan simptom pedih ulu hati.
Daun Parsley (Pasli)
Herba ini kaya dengan antioksidan, vitamin, mineral dan serat. Sejak bertahun-tahun parsley digunakan sebagai herba perubatan untuk membantu masalah berkaitan perut serta membantu proses penghadaman dengan mengeluarkan angin dari perut dan usus.
![]() |
| Dari kiri: Daun parsley, daun sup (celery) & daun ketumbar (coriander) |
Kayu manis
Mampu memberi kelegaan kepada perut jika diambil secara rutin. Campurkan serbuk kayu manis bersama 1 sudu kecil madu ke dalam air panas. Minum ketika perut kosong untuk kesan yang lebih efektif.
*Wanita mengandung tidak disarankan mengambil kayu manis kerana ia berfungsi mencairkan darah dan menyebabkan kontraksi rahim.
Kulit Pokok Slippery Elm (Ulmus fulva)
Berfungsi membersihkan lendir dalam usus dan melegakan keradangan dan kejadian ulser.
Akar Licorice (Glycyrrhiza glabra)
Julat lembut ini bertindak melegakan membran usus yang bengkak.
Daun Salad
Pengambilan daun salad dikatakan mampu mengurangkan simptom pedih ulu hati. Tetapi elakkan mengambil salad bersama tomato, bawang, keju mahupun sos/dressing.
Betik
Betik mengandungi enzim penghadaman yang dapat membantu melegakan perut. Ambillah ia dengan apa cara juga – buah segar, kering, dalam tin atau jus.
Soda Bikarbonat (Baking Soda)
Soda bersifat alkali mampu meneutralkan asid perut. Dr. Wolf, penulis buku 'A Woman's Guide to a Healthy Stomach', menyarankan membuat campuran 1/2 atau 1 sudu kecil baking soda bersama segelas air. Namun elakkan mengambil bancuhan ini dengan kerap kerana kadar garamnya yang tinggi boleh memberi kesan sampingan seperti bengkak dan loya.
*Wanita mengandung, pesakit jantung & individu yang mengalami masalah tekanan darah tinggi tidak sesuai menggunakan kaedah ini.
Air kosong
Pedih ulu hati juga dikaitkan dengan dehidrasi, jadi minum air 8 – 10 gelas sehari. Namun elakkan meminum dengan banyak pada satu-satu masa.
Rujukan



kita dari Wong Medical Centre adalah satu pusat rawatan yang sangat unik dan istemewa kerana kita boleh merawat pelbagai jenis dengan mengabungkan tradisi dan modern untuk rawatan . kita menpunyai ubat yang baik untuk pedih ulu hati/gastricini . untuk maklumat lanjut sila hubungi
BalasPadam+60124520077
Email : wongmedicalcentreipoh@gmail.com
website : newhopemedic.com