Orang kate cirit mase preknen adalah perkare biasa, sebab beralih bulan kelahiran.. Tapi aku adalah salah sorang insan terpilih yang mempunyai perut yang sangat sensitif sejak dari kecik :D Kebanyakkan makanan yang aku makan mesti akan menyebabkan aku cirit hampir setiap hari. Cume bukan tahap teruk la.. (Kirenye law xcirit dlm sehari-2 tu memang bersyukur sangat2.. ) :) Selalunye aku minum teh'0 pekat tanpa gula jela pn nak kurangkan cirit.
Perut aku nih jenis yang xbole tolerate gula yang tinggi agaknya. Sesudu gula dalam air pn bole sebabkan sakit perut. Bayangkanlah law aku makan makanan yang tinggi kandungan gula cam eskrem, dessert, kuih-muih bagai.. Tapi aku tetap mkn gak bile tingin. Hehee.. Yela da seumo idop cenggini, law xmakan mmg xkan merase ler.. :D
Bila preknen ni, tahap sensitiviti perut pn makin ler bergande2. Cam best lg sebab gastrik aku pn teruk, make minum teh'0 pekat lagi la watkan perut kembung dan angin satu badan. Aku banyak num air kosong suam (sebab air masak@sejuk jadik pelawas!), num vitagen (less sugar xpn yang collagen nyer) dan wat urutan refleksologi/acupressure pada point berkaitan diarrhea (aku akan terangkan topik berkaitan refleksologi/acupressure dalam entri2 yang akan datang, insyaAllah..).
Wpn aku pencirit tegar :D tapi xpernah la lg cirit sampai ternyahhidrat bagai. Tapi da rejeki nak terkena agaknya, aku keracunan makanan lak paz kenduri tempoh ari. Akibat cirit yang melampau dan muntah2 sehingga badan mengalami dehidrasi, maka aku terpakse amek pakej percutian 2 hari 1 malam kat wad PPUM pada 18hb Mac lepas.. :D
Memang ler sekse law perut syik memulas dan nak tercirit jer memanjang lebih2 lagi bagi wanita preknen.. So aku nak share kat sini info sal cirit-birit nih supaye le r korang jadikan rujukan disaat tak terduga.. Acewah~ :D
CIRIT-BIRIT
Sesetengah wanita hamil akan mengalami masalah cirit-birit semasa tempoh kehamilan walaupun kebanyakkannya mengalami masalah sembelit.
Antara punca yang menyebabkan cirit-birit adalah:
- Pola/diet pemakanan yang berubah - kebanyakkan wanita mengubah pola pemakanan secara drastik apabila mengetahui tentang kehamilannya. Perubahan ini menyebabkan ketidakselesaan pada perut dan boleh menyebabkan cirit-birit.
- Sensitif terhadap makanan - perubahan yang berlaku dalam tubuh wanita hamil turut mempengaruhi sensitiviti perut terhadap makanan.
- Vitamin pranatal - pengambilan vitamin pranatal adalah amat baik untuk kesihatan anda dan kandungan anda, namun ia juga mampu memberikan rasa ketidakselesaan perut bagi wanita yang mempunyai perut sensitif.
- Sistem imun badan yang merosot ketika hamil - menyebabkan wanita hamil mudah mendapat cirit akibat keracunan makanan, alahan mahupun jangkitan virus/bakteria/parasit di dalam usus.
- Perubahan hormon - mampu memperlahankan/mempercepatkan sistem pencernaan seterusnya menyebabkan sembelit/cirit-birit. Masalah yang disebabkan perubahan hormon ini, lazimnya berlaku pada trimester akhir kehamilan sebagai persediaan untuk kelahiran bayi.
KOMPLIKASI:
Cirit-birit yang berpanjangan boleh menyebabkan..
- Otot perut kejang
- Badan mengalami dehidrasi (nyahhidrat)
- Bayi mungkin keguguran/kelahiran pramatang jika ibu mengalami dehidrasi yang kronik
TIPS KURANGKAN CIRIT-BIRIT
- Minum air putih secukupnya untuk elakkan dehidrasi.
- Ambil cecair (air putih, sup) dalam kuantiti sedikit tetapi kerap.
- Minum air isotonik (dibuang gas)/air garam nyahhidrat seperti Dioralyte (ORS) bagi menggantikan elektrolit badan yang hilang.
- Elakkan minuman yang mempunyai kadar gula yang tinggi, berkafein, berkarbonat dan air berais.
- Elakkan produk tenusu (kecuali yogurt dan susu kultur) sehingga 3 hari selepas cirit-birit berhenti.
- Boleh juga mengambil minuman probiotik/yogurt yang bertindak membantu sistem pencernaan.
- Pengambilan teh kosong pekat mampu mengurangkan cirit, namun bagi mereka yang mengalami maslah gastrik dan kembung perut, kaedah ini tidak sesuai dan boleh memudaratkan lagi keadaan.
- Ambil makanan kurang berlemak dan lembut seperti bubur nasi, kentang rebus, sayur lenyek, biskut tawar, dll.
- Makan buah blueberi yang bertindak sebagai antioksidan dan antibakteria.
- Elakkan makanan bergoreng, makanan pedas, berempah, sayur-sayuran mentah serta makanan tinggi serat.
- Kurangkan aktiviti biasa dan rehat secukupnya sehingga cirit-birit berhenti.
- Buat urutan refleksologi/tekanan acupressure pada titik yang berkaitan diarrhea.
- Wanita hamil ditegah sama sekali mengambil ubat-ubatan sepert ubat anti cirit-birit (Imodium, dsb), pil-pil herba, mahupun ubat antibiotik tanpa pengawasan dari doktor.
- Dapatkan khidmat doktor secepat mungkin jika cirit-birit berterusan lebih dari 8 jam dengan pengeluaran najis yang berlebihan (6 kali), sakit melebihi 48 jam, ternyahhidrat dengan teruk atau mengalami demam.
Rujukan:
Tq. Sebab saya pun selalu juga alami begini.
BalasPadamtq ats info yg bguna pd ibu hamil
BalasPadam