Memaparkan catatan dengan label Allah sebaik-baik penjaga. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Allah sebaik-baik penjaga. Papar semua catatan

Jumaat, 22 Ogos 2014

Terima Kasih Ya Allah

Terima kasih ya Allah,
kerana dia adalah anugerah terindah bagi kami..

Terima kasih ya Allah,
kerana memberi nikmat & kebahagiaan bersamanya walaupun hanya seketika..

Terima kasih ya Allah,
kerana Kau telah titipkan perasaan kasih & sayang ini dihati kami walaupun tidak pernah bersua muka..

Terima kasih ya Allah,
kerana Engkau lebih menyayanginya & menjaganya di sisiMu untuk kami..

Sesungguhnya hanya Engkaulah sebaik-baik penjaga..

"...Allah adalah sebaik-baik penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang" {Yusuf 12:64}