Isnin, 25 Ogos 2014

Mandi Wiladah dan Mandi Wajib/Mandi Hadas

Aku yakin ada yang masih xtaw@xjelas sal Mandi Wiladah ni hatta yang dah branak 2-3 pn.. Masih ada kekeliruan tentang bila dan siapa yang perlu Mandi Wiladah ini. Diharap penerangan dan dalil dibawah dapat memberikan pencerahan mengenai hal ini.. Semoga dapat dimanfaatkan bersama..


APAKAH WILADAH?

Wiladah bermaksud melahirkan anak (beranak).


APAKAH MANDI WILADAH?

Mandi yang diwajibkan ke atas seorang wanita yang mengalami keguguran atau telah melahirkan anak (wiladah), jika tidak diiringi darah nifas.


MENGAPAKAH PERLU MANDI WILADAH?

Menurut mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya); wanita yang melahirkan anak atau keguguran (sekalipun hanya berupa darah beku atau seketul daging), ia wajib mandi jika ditakdirkan tiada darah nifas yang keluar.

Ini kerana kejadian anak itu dikiaskan kepada mani. Bayi atau janin (bagi yang keguguran) adalah hasil percampuran dari air mani lelaki dan air mani wanita. Maka keluarnya bayi atau janin itu dari faraj (walaupun melalui pembedahan) dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya.

Namun jika ada darah nifas yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya tertakluk dengan hukum wanita yang kedatangan nifas.


3 KEADAAN WANITA YANG MELAHIRKAN ANAK/KEGUGURAN:

1) Jika melahirkan anak ataupun keguguran tanpa diiringi nifas, maka wajib baginya Mandi Wiladah semata-mata untuk mensucikan diri dari hadas agar ia boleh menunaikan ibadah wajib seperti solat dll, walaupun masih dalam pantang.

2) Jika melahirkan anak atau keguguran, pada mulanya tanpa diiringi nifas, maka wajib baginya Mandi Wiladah dan mendirikan solat. Kemudian jika didatangi pula dengan nifas, maka ia hendaklah berhenti solat dan wajib Mandi Hadas apabila kering darah nifas (tempoh maksima sehingga 60 hari). Kemudian ia perlu menunaikan ibadah wajib seperti solat dll.

3) Jika melahirkan anak ataupun keguguran dengan diiringi nifas serta merta, maka wajib baginya Mandi Hadas semata-mata setelah kering darah nifasnya (tempoh maksima sehingga 60 hari). Kemudian ia perlu menunaikan ibadah wajib seperti solat dll.

NIAT MANDI WILADAH


"Sahaja aku mandi wiladah fardhu ke atas ku kerana Allah taala"


MANDI WAJIB/HADAS

Mandi Wajib ataupun disebut juga Mandi Hadas adalah mandi yang perlu dilakukan oleh seseorang Muslim untuk membersihkan dirinya daripada hadas besar (haid, nifas, berjimak, dll)

Wanita yang perlu Mandi Wajib kerana didatangi nifas hendaklah menunggu sehingga darah nifasnya kering (tempoh maksima sehingga 60 hari) dan wajib baginya menunaikan ibadah wajib seperti solat dll selepas itu.
NIAT MANDI WAJIB
"Sahaja aku mengangkat hadas besar fardhu ke atasku kerana Allah taala."

ataupun;
"Sahaja aku mengangkat hadas nifas fardhu ke atasku kerana Allah taala."


rujukan:
ilmudanulamak.blogspot.com/2008/07/mandi-wiladah.html?m=1
anakgeriksoleh.blogspot.com/2012/01/kekeliruan-mengenai-mandi-wiladah.html?m=1

Jumaat, 22 Ogos 2014

Terima Kasih Ya Allah

Terima kasih ya Allah,
kerana dia adalah anugerah terindah bagi kami..

Terima kasih ya Allah,
kerana memberi nikmat & kebahagiaan bersamanya walaupun hanya seketika..

Terima kasih ya Allah,
kerana Kau telah titipkan perasaan kasih & sayang ini dihati kami walaupun tidak pernah bersua muka..

Terima kasih ya Allah,
kerana Engkau lebih menyayanginya & menjaganya di sisiMu untuk kami..

Sesungguhnya hanya Engkaulah sebaik-baik penjaga..

"...Allah adalah sebaik-baik penjaga dan Dia adalah Maha Penyayang di antara para penyayang" {Yusuf 12:64}

Khamis, 21 Ogos 2014

Aku Keguguran...

Bertahun dah aku xberblogging ni.. Ni pn sebab dah bosan ya amat, maka terpakselah carik ektibiti yg le dibuat sambil bebaring je ni haa.. Aku xkisah pn law xde org baca post aku ni, yang penting aku dapat luahkan perasaan aku & ilangkan stres.. Law de org tersinggah pn aku harap kisah aku ni dapat dijadikan teladan pada sesape yang berkenaan..agar korang gak tak amik mudah tiap perkara kecik yang berlaku masa preknen..

Tanggal 17/08/2014 dah ubah hidup aku buat selama-lamanya.. Aku keguguran ketika kandungan aku nak nak masuk 2½ bulan.. Mungkin pada org len, pe sangat lah 10minggu tu.. Tapi aku masih lg terasa kehilangan & sedih sebab nilah anak pertame kami.. Kami somistri memang agak excited dgn kehamilan aku sebab sebelum ni terpaksa tgu setahun sebabkan masalah kesihatan aku. Bila dah disahkan preknen 5 minggu bulan pose lepas, En.somi lah yg plg gembire.. Tapi mujurlah kitorg bukan jns yg riuh 1 kmpg nk hapdet status fb bagai.. just family terdekat jer yg taw aku preknen.. Alhamdulillah..nk masuk 2½ bulan aku preknen..lgsg xde morning sickness @mual2.. cume aku jadik mabuk kete (sesetgh org pgl mabuk darat) bl jln jauh. Dan aku syukur sgt2 sebab aku dapat pose Ramadhan penuh thn ni.. Tapi aku diuji dan terus diuji mase preknen tu..

Raye per1 aku cam xsedap badan.. Masuk raye ke2 bhgian ari2 aku sakit ya amat & kerap terkencing. Boleh katekan dlm 10 minit skali aku ke jamban. Aku ingatkan peranakan terturun (pernah terjadik kat akk aku dulu) sebab angkat periuk belange @penat sgt wat persiapan raye ngan masak bagai. Pas bertungku kat ari2.. sakit tu makin kurang, so xdela aku g klinik.. Semenjak tu sakit tu on-off jer.. Tapi Sabtu raye ke-6..sakit tu makin menjadik-jadik lak. Bila g klinik, doc ckp aku kne jgkitan pndi kencing sebab kencing kotor+ade darah. Time tu gak aku kne g spital bhgian kecemasan. Doc kat klinik de ckp puncenye mybe sebab tahan kencing @kurang num air kosong. Aku mmg jns xske tahan kencing, tp kurang num air kosong tu mgkin lah..sbb aku byk sgt num air manis mase pose tu. Sebab takot kena tahan wad pnye pasal, bergelen2 air mineral aku num dari otw g spital sampailah turn aku masuk bilik doc. Doc check air kencing skali lg & buat ultrasound tuk pastikan kandungan aku xefek. Masa tu lega sgt sebab denyutan jantung janin masih ade.

Aku kne makan antibiotik tuk seminggu, dan dalam seminggu tu gak la terpakse menahan sakit kat ari2 walaupun dah xkerap kencing. 4 hari lepas tu lak, anak sdare aku yang baru setahun 2 bulan men lari2 & jatuh terduduk kat perut aku yg tgh dok bersimpuh mase tu.. tapi xdela sakit sgt, so aku xdela pk le mudaratkan kandungan. Maghrib tu aku start bleeding tp memandangkan sikit, aku ignore jer.. Mlm sok nye skali lg aku bleeding. Mmg salah aku gak xg spital terus.. tp bleedingnye sikit sgt, aku mmg x expect sampai le efek kandungan sebab dalam mase yg same, hari tu sepatutnye aku dtg piyed. Aku pernah terbaca sal org preknen bleeding dalam waktu2 die sepatutnye piyed (dipanggil breakthrough bleeding). Breakthrough bleeding tu besenye dalam mase 2-3hari jer. Sebab tu aku tunggu hari ke-3. Mlm Sabtu, baru start bleeding blk & makin byk lak.. skali lg aku kne g wad kecemasan.. Bile doc wat ultrasound, xnampak lak jantung janin.. Sepatutnya aku kne g kt bhgian Early Pregnancy Unit di PPUM pagi Isnin.. Tapi mlm nye Ahad 17hb tu aku dah bleeding byk sgt, sakit cam senggugut yang teruk. Masa g toilet keluar semua ketul2 darah+janin.. Aku dah lah sakit, sedih & down sgt mase tu..  Aku tgk sndri yang baybee aku dah membentuk kepala, tangan cume kaki jer masih lembut sgt.. Lebih kurang cam janin lam pix kat bawah..bezanye dilumuri darah.. En .somi pujuk g spital pn aku xnk..  Pagi Isnin bile g spital, cam yg dah dijangka.. doc sahkan aku "Completed Miscarriage" (keguguran yang lengkap tanpa meninggalkan cebisan dalam rahim)... 

Mmglah sedih bila teringat.. nak2 salah aku sndri gak xg spital awal.. Tp cam ustaz aku pnh ckp.. perkara yg dah ditakdirkan terjadi akan tetap terjadi.. Aku taw..tiap ujian tu pasti de hikmahnye.. Aku gak redha xde rezeki ank lg.. Mak aku cube sedapkan hati aku dgn ckp ketentuan Allah tu dah cantik.. mgkin Allah nk selamatkan ank aku--mgkin law die membesar nanti berperangai xelok.. Mgkin gk keguguran awal tanda janin cacat (sumber artikel Dr. Zubaidi).. Tapi tu lg buat aku sedih & xboleh terima.. sebab sejak mengandung rezeki kami somistri murah sgt.. En.somi pn byk dpt job tuk servis aircond secare part time di hujung minggu.. Aku lak sebelum taw preknen lg tetibe rajin sgt bgn mlm tuk wat solat2 sunat, suka mengaji & dengar zikir2..  law dulu layan lagu2 hiburan jer.. Pendek kate, aku berubah kpda lebih baik masa preknen tu.. Sbb tu aku cam xblh terima bl mak aku ckp sal bende2 negatif.. Aku cuba yakinkan diri yang anak dalam kandungan aku tu insan terpilih.. & akan tunggu aku di syurga kelak.. Tu gak jadik penguat semangat aku utk terus konsisten berubah supaya aku dapat bertemunya di syurga.. Aamiin...